Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,050 pelajar, ibu bapa sertai solat hajat

PENDEKATAN turun padang merapatkan  diri Mohd. Shafie Abdullah
PENDEKATAN turun padang merapatkan diri Mohd. Shafie Abdullah dengan masyarakat setempat. UTUSAN/ ROY AZIS ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Seramai 1,050 pelajar dan ibu bapa dari 11 buah sekolah di Parlimen Wangsa Maju menyertai program motivasi dan solat hajat sempena peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung minggu hadapan.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr. Mohd. Shafei Abdullah berkata, program tersebut merupakan julung kali dianjurkan melalui kerjasama Majlis Permuafakatan Pendidikan Wangsa Maju dan parti tersebut.

Jelasnya, pakar motivasi turut memberikan tip untuk para pelajar berkenaan berjaya dalam UPSR, selain prestasi sekolah di parlimen itu dapat terus dipertingkatkan.

“Saya percaya untuk menghadapi peperiksaan ini, selain daripada ajaran guru dan ibu bapa kepada murid, kita yakin berserah kepada Allah SWT. Sebagai umat Islam, kita mulakan landasan yang betul agar anak-anak mendapat ketenangan untuk menjawab peperiksaan dengan cemerlang.

“Selain itu, kita akan memberikan hadiah sebagai galakan kepada pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang 6A bagi kesemua mata pelajaran. Ini merupakan sumbangan pihak UMNO sebagai suntikan semangat dan motivasi kepada mereka,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam program tersebut di Masjid Usamah Bin Zaid di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain