Acara yang bermula seawal pukul 7 pagi tadi melibatkan tiga parlimen yang bermula di Parlimen Batu, Wangsa Maju dan Setiawangsa.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, larian obor itu bermula di Kompleks Sukan MSN Setiawangsa dan berakhir di Jalan Bukit Setiawangsa dengan jarak 3.9 kilometer.

“Dengan penglibatan ini, ia dapat menyuntik semangat sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan SEA tidak lama lagi,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE