Ceramah perdana anjuran surau berkenaan disampaikan penceramah tersohor tanah air yang juga Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau di Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Badlishah Alaudin.

Badlishah dalam syarahannya berkata, umat Islam perlu memahami sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW dan mengejar rahmat Allah untuk mengejar cita-cita tertinggi menuju ke syurga.

“Pahala besar bagi orang yang berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah SAW kerana inilah bekalan buat umat Islam demi menjamin kebahagiaan sejati di akhirat,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Seputeh, Datuk Mustafa Kamal Mohd. Yusoff berkata, pihaknya berbesar hati menganjurkan program berkenaan yang mendapat sambutan masyarakat sekitar tidak kira pelbagai peringkat umur.

“Kita akan terus mengajurkan program ilmiah seperti ini dari semasa ke semasa bagi menyuntik kesedaran masyarakat untuk bersama melakukan kebaikan, seterusnya mendapatkan rahmat dari Ilahi,” katanya.

Program bermula pada pukul 7.30 malam itu dianjurkan dengan kerjasama Biro Agama UMNO Seputeh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Penduduk PPR Kampung Muhibbah. - UTUSAN ONLINE