Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, bantuan dengan nilai keseluruhan RM250,000 itu bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan pendidikan untuk anak-anak.

“Bantuan tersebut berupa baucar bagi dua pasang baju sekolah, sepasang kasut dan stokin, alat tulis serta beg sekolah,” katanya ketika ditemui dalam program Kembali Ke Sekolah di sini hari ini.

Pada program yang dianjurkan buat kali keempat itu, beliau turut menyumbang wang tunai sebanyak RM50 untuk setiap pelajar terlibat. - UTUSAN ONLINE