Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sumbangan berjumlah RM200 setiap seorang itu meliputi beg, pakaian seragam, kasut dan peralatan alat tulis secara percuma.

“Bantuan persekolahan ini diharap dapat meringankan beban ibu bapa bagi menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka. Saya mengucapkan terima kasih kepada penaja program, KP1M dan Yayasan Tabung Haji, termasuk PDRM yang menjayakan program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program ‘Happy To School’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petaling, Jalan Klang Lama di sini.

Yang turut hadir Ketua Penerangan KP1M, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahaya dan Timbalan Presiden KP1M, Datuk Farid Hassan. - UTUSAN ONLINE