Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KL Pass galak pelancong tinggal lama di ibu negara

Mhd. AMIN NORDIN ABD. AZIZ (lima dari kanan) dan Farouk Nurish
Mhd. AMIN NORDIN ABD. AZIZ (lima dari kanan) dan Farouk Nurish (enam dari kanan) bergambar selepas pelancaran kad KL Pass di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur semalam. UTUSAN/Zakaria Idris

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Produk pelancongan terbaharu iaitu ‘KL Pass’ dilancarkan bagi menawarkan akses tanpa sebarang pembayaran ke pelbagai destinasi tarikan pelancong di ibu kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, kad pelancongan bersepadu itu turut memberi faedah dan kemudahan seperti diskaun beli-belah selain memudahkan pelancong melawat tempat menarik.

Jelasnya, KL Pass yang dipasarkan oleh Meridian Tourist Access Sdn. Bhd. mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Tourism Malaysia merupakan­ pas pelancongan pertama diperkenalkan di negara ini.

“Ia akan menjadi medium penting­ dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai tarikan yang ditawarkan Kuala Lumpur kepada pelancong. Ia juga mampu menggalakkan pelancong tinggal lebih lama di ibu kota.

“Kemudahan ini dibangunkan oleh syarikat tempatan dengan merangkumi ciri-ciri antarabangsa dan setanding dengan pas pelancongan di Paris, London dan New York,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Meridian Tourist Access Sdn. Bhd., Farouk Nurish.

Sementara itu, Farouk berkata, dengan adanya kemudahan itu, pelancong boleh masuk ke tempat-tempat pelancongan yang mengambil bahagian secara percuma.

Katanya, KL Pass dijual dalam enam variasi iaitu tempoh sehari, tiga hari dan enam hari untuk dewasa serta kanak-kanak.

“Untuk sehari, pas dewasa dijual pada harga RM165, manakala pas tiga dan enam hari dijual RM395 serta RM675. Selain itu, pas kanak-kanak berharga RM125 hingga RM515 mengikut tempoh terbabit,” katanya.

Tambahnya, beliau menjangkakan sebanyak 20,000 kad KL Pass akan dijual berikutan laman web KL Pass telah menarik lebih 2,000 pelawat dalam masa kurang dua minggu sejak dilancarkan.

KL Pass boleh dibeli secara online menerusi laman web, www.klpass.com selain pusat jualan seperti Galeri Kuala Lumpur, KL Concierge Kiosk, kaunter tiket KL Hop-On-Hop-Off dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain