Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KL Genta tampil keunikan tarian, gendang

DR. LOGA BALA MOHAN memukul gendang sebagai gimik pelancaran KL 2
DR. LOGA BALA MOHAN memukul gendang sebagai gimik pelancaran KL Genta di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini. UTUSAN/ZAINI HUSIN

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Festival Gendang dan Tari Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (KL Genta) yang disertai lapan negara berjaya memukau para pengunjung di Dataran Merdeka di sini baru-baru ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, acara yang berlangsung dan berlatarbelakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad itu merupakan kanvas kesenian yang terbaik bagi menonjolkan identiti kebudayaan negara kepada pelancong luar.

Katanya, melalui inisiatif pelancongan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu mampu memberi impak kepada warga kota serta menarik ramai pengunjung dari serata dunia ke Kuala Lumpur.

“Penganjuran festival ini adalah tepat bagi mencapai wawasan negara dalam mewujudkan keseimbangan­ melalui pembangunan­ infrastruktur dan ekonomi supaya seiring dengan pembangunan seni dan budaya,” katanya semasa berucap merasmikan acara itu di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Sani Mistam dan Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan­ Projek dan Penyenggaraan) DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd. serta Wali Kota Binjai (Sumatera­ Utara), Riadil­ Akhir Lubis.

Acara itu melibatkan persembahan daripada negara yang mengambil bahagian antaranya Indonesia, Thailand, Turkmenistan dan India.

Acara yang dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh kesemua peserta kebudayaan dari tuan rumah serta negara-negara jemputan itu menyaksikan kepelbagaian rentak tari serta keindahan busana bagi membentuk tarian­ yang memukau.

Sebanyak tiga kumpulan mewakili Malaysia dalam acara tersebut iaitu Millennium Dancer, Mix Match Dancer serta kumpulan masyarakat Orang Asli, Bahbola.

Kesemua peserta mempersembahkan tarian dengan bertenaga sekali gus menyerlahkan warisan negara masing-masing.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain