Syarikat pemaju, Scientex Quatari Sdn. Bhd akan membina sebanyak 570 unit RMMJ yang dijual dengan harga RM150,000 bagi pakej A, manakala 1,846 unit bagi pakej B pula adalah RM80,000.


Mohamed Khaled turut memberi jaminan harga itu akan dikekalkan kerana memang merupakan dasar kerajaan negeri menerusi Dasar Perumahan Negeri Johor.


Katanya, perumahan adalah salah satu agenda kerajaan negeri untuk memastikan rakyat negeri ini memperoleh kesejahteraan hidup.


Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A. Malik yang juga calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar dan Pengarah Eksekutif Scientex, Alex Khaw. - UTUSAN ONLINE