ABD. HADI HASSAN
ABD. HADI HASSAN

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, Allahyarham dilaporkan pengsan di rumahnya sebelum dihantar ke hospital jam 11.15 malam tadi.

Katanya, Abd. Hadi yang berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia pada pukul 11.50 malam di hospital berkenaan.

“Jenazah dibawa ke surau Ibu pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk dimandi dan dikafankan pagi ini sebelum dibawa ke Machang Kelantan untuk dikebumikan,” katanya di sini hari ini.

Allahyarham memegang jawatan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu sejak Jun tahun lepas. - UTUSAN ONLINE