Syed Anuar 
Syed Mohamad
Syed Anuar Syed Mohamad

Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (Alumni GPMS)  menyifatkan kes itu memperlihatkan tahap penghormatan terhadap guru, dan kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan tugas dan amanah di samping permasalahan disiplin kalangan pelajar.

Presidennya, Syed Anuar Syed Mohamad, berkata ibu bapa seharusnya menggunakan saluran seperti pengurusan seolah atau  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tentang permasalah berkaitan anak-anak, bukannya pndekatan bermusuhan termasuk menyerang atau terus menyaman guru.

"Masyarakat harus faham bshawa peranan guru, apatah lagi di era mencabar di dalam mendidik anak-anak kerana ia bukan hanya berfokus kepada kecemerlangan akademik tetapi juga merangkumi aspek jasmani, emosi dan sahsiah,"ujarnya.

Katanya,  ibu bapa sepatutnya bertindak berteraskan pelengkap kepada apa yang dididik oleh guru di sekolah ketika murid berada di rumah, bukannya menyerahkan sepenuhnya kepada guru atau terus melenting apabila terjadi sesuatu terhadap anak-anak tanpa usul periksa.

"Dalam masa yang sama, guru-guru diharap dapat  mengawal emosi  ketika menjalankan amanah agar tidak tergelincir daripada aturan sedia ada,"ujarnya di sini hari ini.

Alumni GPMS juga mengharapkan Kementerian Pendidikan bertindak sebagai orang tengah seperti kes Cikgu Azizan ini agar segala permasalahan dapat diselesaikan lebih awal di meja perundingan.- UTUSAN ONLINE