Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kerjasama universiti, 
industri perlu diperkukuhkan

Suhaimi Mohamed (dari kiri) bersama Wahid Razzaly, Khalid Hasnan,
Suhaimi Mohamed (dari kiri) bersama Wahid Razzaly, Khalid Hasnan, Ahmad Nizam Mohamed Amin dan Mohd Yusoff Sulaiman dalam Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara (MPN) Bersama Utusan Malaysia dan RTM di Dewan Sultan Ibrahim UTHM, Batu Pahat, Johor, semalam.

BATU PAHAT 16 Mac – Pihak pengurusan universiti dan industri perlu merapatkan jurang dengan meneruskan perbincangan berkala bagi meningkatkan kerjasama antara mereka kerana kedua-dua pihak saling memerlukan antara satu sama lain.

Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Dr. Wahid Razzaly berkata, hubungan baik dan jitu tersebut penting kerana akan menentukan kitaran ekonomi yang positif bagi sesebuah negara.

Menurutnya, usaha ber­kenaan juga sebagai melindungi pengoperasian industri yang tidak akan dapat bersaing dengan lebih kompetitif di peringkat antarabangsa sekiranya kedua-dua pihak tidak memainkan pe­ranan masing-masing.

“Sebenarnya masalah itu berada di kedua-dua pihak, kita tidak boleh menuding jari atau me­nyalahkan sesiapa kerana industri hidup atas dasar ilmu, manakala universiti pula tidak akan maju kalau tiada graduannya yang cemerlang terjun ke dalam industri.

“Walau bagaimanapun, kita tidak menyalahkan industri dan mereka juga tidak menyalahkan universiti. Cuma apa yang perlu ditekankan adalah bagaiamana kita dapat merapatkan jurang bagi menyediakan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menjadi panel dalam Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara di UTHM, hari ini.

Program dengan kerjasama Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu melibatkan perbincangan forum bertajuk Kerjasama Universiti-Industri: Apa Masalahnya? yang turut menampilkan Ketua Program Kejuruteraan Rel UTHM, Prof. Dr. Khalid Hasnan; Pre­siden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Industry-Goverment Group for High Technology (MIGHT), Datuk Dr. Mohd. Yusoff Sulaiman dan Ketua Pegawai Perkhidmatan Infrastruktur Prasarana, Ir. Ahmad Nizam Mohamed Amin selaku panel.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose dan Penolong Ketua Pengarang Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor dalam program yang dihoskan Pengacara RTM, Suhaimi Mohamed.

Wahid berkata, dalam usaha melahirkan siswazah yang berkualiti, pihak industri perlu memberi peluang kepada penuntut yang menjalani latihan amali untuk melakukan pekerjaan sebenar mereka.

“Peluang itu sama seperti yang dilakukan oleh kakita­ngan sedia ada dalam industri supaya para penuntut yang sedang menjalani latihan praktikal merasai apa sebenarnya kerja itu dan mendalami lagi apa yang mereka belajar selama ini serta tidak terlalu tertumpu terhadap kerja-kerja umum di pejabat.

“Walau bagaimanapun, saya akui ada sesetengah produk kita iaitu penuntut perlu dipertingkat dari segi kualitinya dan atas sebab itu perlunya universiti dan industri sentiasa duduk bersama berbincang kurikulum yang sesuai dan dipersetujui kedua-dua pihak agar kita boleh membaiki kualiti yang dimahukan pihak industri,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain