Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan serius berlaku dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, siasatan awal mendapati, pemandu Perodua Alza itu pada awalnya berada di lorong menghala ke Rompin dan ingin masuk ke seberang jalan sebelah kanan di lokasi kejadian.

"Ketika itu, terdapat sebuah kenderaan di lorong bertentangan dari arah Rompin  berhenti untuk memberi ruang kepadanya melintas ke kanan menuju tempat letak kereta di hadapan kedai makan tersehut.

"Tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah bertentangan menyebabkan pemandu Perodua Alza itu terkejut dan panik. Dia cuba menekan brek namun tersalah menekan pedal minyak menyebabkan keretanya bergerak laju dan terlanggar sebuah kereta jenis Toyota Camry sebelum terbabas ke dalam kedai makan Majlis Daerah Pekan," katanya di sini hari ini.

Amran berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati jalan satu lorong dua hala lurus dan mempunyai garisan tengah berkembar serta keadaan cuaca cerah mendung dan tidak hujan. - UTUSAN ONLINE