Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, caj yang dikenakan pihaknya pada masa itu hanya sekitar RM1.65 bagi setiap tan pasir namun masih terdapat dalam kalangan pengusaha masih mengelak daripada membayar sehingga akhirnya menyebabkan kerugian pada hasil negeri.

“Namun perkara itu sudah dapat diatasi apabila dalam tempoh dua bulan tahun ini, kita telah berjaya memperolehi sebanyak RM800,000,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Adhan Kecik (BN- Bukit Bunga) mengenai kesedaran kerajaan negeri berhubung harga pasir yang naik secara mendadak. - UTUSAN ONLINE