Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Allahyarham banyak berjasa dan menabur khidmat bakti terutama dalam bidang politik di Johor sejak 1976.

Jelasnya, Allahyarham menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selaku ADUN Tanjung Puteri selama tiga penggal dari 1990 hingga 2004.

"Beliau banyak memberi sumbangan kepada masyarakat semenjak memulakan karier politiknya sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Johor Bahru dan kemudian Setiausaha Majlis Bekas
Wakil Rakyat (Mubarak) Johor antara 2014 hingga 2017.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihiNya," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Kampung Baru Nong Chik di sini pukul 2.30 pagi ini meninggalkan seorang balu, Datin Rohaidah Buntat, enam anak dan 12 cucu.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff di sini sebelum solat Zuhur tengah hari tadi. - UTUSAN ONLINE