Demikian dinyatakan oleh Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Ramlee Marahaban yang menegaskan tanpa sokongan mereka, tidak mungkin seseorang pemimpin kerajaan dan pemimpin parti yang memerintah mampu mentadbir negara ini dengan baik khusus­nya dalam aspek ekonomi dan sosial.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya memberitahu, setiap penjawat awam mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing yang merangkumi kakitangan di peringkat rendah, menengah mahupun di peringkat atasan sehingga kepada pembuat dasar.

“Seperti saya sendiri sebagai wakil rakyat, tidak mungkin tangan saya yang ada ini mampu melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat jika tidak ada tangan-tangan para penjawat awam membantu.

“Saya dengan ikhlas hati ingin menyatakan penghargaan di atas sumbangan, sokongan dan komitmen yang diberikan oleh para penjawat awam dalam menjayakan setiap tugas yang diberikan bagi membangun serta memajukan negeri Sabah khasnya dan negara amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran buku Alif Zubir di Dewan Terbuka Kampung Seraya, Semporna dekat sini baru-baru ini.