Menurut Hafizi, mereka se­ke­luarga sama sekali tidak me­nyangka bapanya akan pergi me­ninggalkan mereka kerana Allahyarham kelihatan gembira semasa keluar untuk menyertai program kayuhan tersebut yang diadakan sempena Larian Obor Kuala Lumpur 2017.

Malah, kata anak bongsu daripada lima beradik itu, bapanya juga sudah lebih setahun tidak mengalami sebarang serangan jantung setelah melakukan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Kenduri malam ini meliputi sambutan hari jadi anak dan majlis naik buaian. Sudah sebulan majlis ini dirancang.

“Memandangkan persiapan su­dah dibuat dan keluarga juga ramai balik, jadi kami sebulat suara mahu meneruskannya, namun ditukar kepada kenduri doa selamat dan majlis tahlil,” kata­nya di sini hari ini.

Hafizi berkata, jenazah bapanya dijangka dibawa pulang ke kediaman keluarga di Taman Wawasan, Hutan Melintang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan di Simpang Empat dekat sini selepas asar.

“Malam tadi, bapa turut me­ngejutkan kami sekeluarga kerana bertindak tidur dalam kereta dari pukul 12 hingga 4 pagi,” katanya.