Timbalan Pengarahnya, Sayani Saidon berkata, unsur tersebut ditemukan setelah kesemua sampel berkenaan dihantar untuk dianalisa di Makmal Penyiasatan Kebakaran Bomba di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun katanya, pihaknya masih memperhalusi faktor lain yang mungkin menjadi punca kebakaran tersebut.

"Unit Forensik JBPM negeri dengan dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) telah mengenal pasti enam sampel bahan bukti di lokasi dan menghantar sampel tersebut untuk dianalisa. Hasil analisa mendapati terdapat unsur mudah terbakar.

"Bagaimanapun pihak kami masih memperhalusi faktor lain yang mungkin menyebabkan kebakaran. Hasil analisa itu akan diambil hari ini dan laporan kebakaran tersebut akan diserahkan kepada pihak polis," katanya. - UTUSAN ONLINE