Hari ini, seramai 156 kanak-kanak melalui upacara yang mungkin cukup mendebarkan dan sekali gus menyeronokkan dengan pelbagai ragam mereka apabila diraikan dalam majlis Khatan Perdana  Peringkat Dewan Undangan Negeri  (DUN) Manir dekat sini.

 Dalam program yang disempurnakan oleh Penyelaras DUN berkenaan, Yusof Awang Hitam, mereka terlebih dahulu menerima wang saku sebelum dimandikan beramai-ramai menggunakan hos bomba.

Selepas itu, mereka dikhatankan oleh sepasukan enam pembantu perubatan (MA) yang diketuai seorang doktor pakar Telinga, Hidung dan Mulut (ENT), Hospital Regency, Johor Bahru, Dr. Rushdan Ismail yang mengambil masa kira-kira lima jam.

 Dalam pada itu, Yusof berkata, majlis itu merupakan program tahunan terus digerakkan  sejak dimulakan pada 2008 berdasarkan sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat .

"Kita memang ambil insiatif ini sejak tahun 2008 hingga sekarang untuk membantu meringankan beban ibu-bapa di mana program seumpama ini melibatkan kos kira-kira RM30,000 termasuk keperluan ubatan," katanya.-UTUSAN ONLIN