Dalam program di perkarangan Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak dekat sini, penganjurnya membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai, sekali gus mampu menjadi pengukur sikap masyarakat terhadap kegiatan sedemkian.

Turut disertai Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan, program antara lain dimeriahkan dengan acara larian ria berhalangan bagi kategori umum, keluarga dan kakitangan kerajaan.

Di samping itu diadakan kegiatan berbasikal sejauh 25 kilometer serta uji bakat mencari 10 wakil negeri ini untuk dijadikan Wira 100PLUS yang bakal bersaing dalam acara akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 Disember .- UTUSAN ONLINE