“Saya sering mendengar keluhan penduduk yang terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih untuk menyewa kereta sewa setiap kali hendak berurusan di bandar Cukai. Saya cuba mencari jalan untuk membantu,”ujarnya ketika ditemui selepas menyempurnakan pelancaran perkhidmatan itu.

Perkhidmatan percubaan selama enam bulan sejak November tahun lalu dengan laluan perjalanan fasa pertama melibatkan sebanyak dua puluh buah hentian yang bermula bermula dari Kuala Kemaman dan sekitar bandar.

Tambah beliau, projek fasa kedua perkhidmatan bas percuma tersebut akan djalankan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), melibatkan laluan di kawasan pedalaman seperti dari Kerteh ke bandai Cukai dan dari Air Puteh ke bandar Cukai.

“Kita mengharapkan ada pihak yang dapat memberikan sumbangan untuk bersama dalam menjayakan tanggungjawab sosial ini di bawah fasa kedua nanti,” ujarnya.

Sementara itu penduduk yang ditemui mengucapkan berbanyak syukur dan terima kasih mereka terhadap usaha Ahmad Shabery setelah menyelami permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Bagi pekerja swasta, Sharil Wahab, 55 , perkhidmatan yang disediakan ternyata kesukaran penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan awam untuk ke bandar, dan tidak perlu lagi mengeluarkan belanja bagi tujuan itu.

“Syabas diucapkan kepada beliau kerana telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi sekian lama dan ini merupakan satu rahmat kepada penduduk khususnya yang kurang berkemampuan, “katanya.

Seorang suri rumah , Aziah Abdullah, 53, berkata, kini dia tidak perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM20 setiap kali untuk ke bandar dengan adanya perkhidmatan percuma ini.

“Seronoklah kerana boleh pergi ke rumah rakan - rakan dan saudara mara tanpa perlu memikirkan belanja yang perlu dikeluarkan. Perkhidmatan ini telah membantu penduduk. Kami berterima kasih,” katanya. - UTUSAN ONLINE