Ketua Jabatan Pengajian Am PKB, Suria Mokhtar berkata, program tersebut bertujuan memupuk minat mempelajari bahasa Inggeris dalam kalangan murid Orang Asli menerusi pengisian yang lebih santai dan menarik.

“Kaedah secara santai yang kita praktikkan sepanjang kem ini dilihat telah menarik minat mereka untuk mempelajari bahasa tersebut.

“Apa yang saya lihat, murid-murid ini sudah mempunyai sedikit keyakinan untuk bertutur menggunakan bahasa Inggeris yang amat jarang sekali digunakan oleh mereka sebelum ini,” katanya di sini baru-baru ini.

Suria memberitahu, pihaknya berharap murid tersebut akan menggunakan segala ilmu yang mereka pelajari sepanjang kem tersebut dalam membantu pelajaran mereka di sekolah nanti.

Katanya, selain itu, melalui program tersebut juga para peserta turut didedahkan de­ngan aspek pergaulan bersama masyarakat luar.

“Aspek ini penting, bagi memastikan mereka tidak rasa ter­pinggir apabila melangkah keluar dari kampung halaman mereka suatu hari nanti.

“Program ini turut dibantu oleh sukarelawan PKB yang bertindak sebagai fasilitator,” katanya.

Tambahnya, Kem Bahasa Ing­geris itu telah mendapat soko­ngan daripada Bahagian Pe­ngurusan Sekolah Harian (BPSH) Jabatan Pendidikan Negeri.