Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kelas al-Quran terus diperkasa

ISKANDAR PUTERI 9 Mei – Kerajaan negeri akan terus memastikan kelas pengajian al-Quran disemarakkan dengan penyediaan tenaga pengajar terlatih dan dilakukan secara sistematik.

Abd. Mutalib

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, bagi melaksanakan perkara tersebut, setakat Mac tahun ini, seramai 2,076 guru agama bertauliah telah dilantik.

“Guru-Guru yang dilantik ini bertugas untuk menjalankan kelas-kelas pengajian al-Quran sama ada di masjid, surau dan kediaman.

“Daripada jumlah itu, seramai 111 orang adalah guru agama kerajaan negeri yang masih dalam perkhidmatan dan 115 adalah pesara guru agama,” katanya menjawab soalan Datuk Adam Sumiru (BN-Tanjung Puteri) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Sebanyak RM179 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri pada tahun ini dan 2016 kepada Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Johor, katanya.

Menurutnya, setakat ini kerajaan negeri me­nguruskan 574 buah sekolah aga­ma termasuk Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), termasuk 12 buah sekolah yang masih dalam pembinaan dan dijangka dapat dise­rahkan pada bulan ini.

“Selain itu, bermula Jun ini, sebanyak 30 unit sekolah bakal dibangunkan, termasuk pembinaan bangunan baharu dan bangunan tambahan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain