Pelatih remaja dan kanak-kanak itu bukan sahaja menerima sumbangan kasut bola daripada syarikat tersebut malah turut berpeluang mengikuti klinik bola sepak kendalian pemain The Red Warriors (TRW) iaitu Khairul Fah­mi Che Mat dan Nor Farhan Muhammad serta dua pemain The President Warriors.

Ketua Jurulatih Pusat PLD, Nor Azman Mohamad Zain ber­kata, sumbangan kasut bola yang disampaikan Pengarah Pe­ma­saran Yakult Malaysia, Minoru Osada itu cukup bermakna kepada pelatih yang dianggap mereka sebagai penghargaan yang membakar semangat.

Beliau berkata, PLD di bawah Program Pembangunan Bola Se­pak Negara (PPBN) mendedahkan kaedah moden sukan tersebut dengan permainan secara kompetitif dan kemahiran individu kepada generasi baharu.

“Kaedah moden bola sepak penting kepada generasi muda untuk berdepan dengan cabaran sukan tersebut pada masa akan datang dengan latihan bersesuaian mengikut perkembangan se­masa.

“PLD dan Akademi Tunas merupakan peluang terbaik untuk mengesan serta mengilap bakat baharu bola sepak untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi terutama sebagai barisan pelapis pemain bola se­pak negara,” katanya selepas maj­lis penyampaian kasut bola di Se­ko­lah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Aman dekat sini, baru-baru ini.

Yang hadir sama, Ketua Jurulatih Pusat Akademi Tunas, Saupi Mat Zain.

Nor Azman berkata, pelatih sekolah menengah dari PLD dan sekolah rendah dari Akademi Tunas perlu memanfaatkan il­mu yang diperoleh daripada kli­nik bola sepak yang dibawakan Yakult Malaysia dengan ber­kong­si ilmu bersama pemain bo­la sepak yang berpengalaman.

Menurutnya, pelatih menjalani latihan setiap minggu di Padang SMK Seri Aman dan menyertai beberapa kejohanan anjuran PPBN sepanjang tahun ini.

“Menyertai kejohanan adalah slot perlu dilalui kerana ia membolehkan pelatih menimba pengalaman beraksi di arena sebenar untuk menguji keupayaan selepas menjalani latihan sejak awal tahun ini,” katanya.