Presiden IAM Zawahir Abdullah, berkata, program kemanusiaan kali ini melibatkan usaha membantu tiga keluarga miskin dan sepasang suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memberi keselesaan hidup kepada mereka.

Menurutnya, usaha itu membabitkan pembinaan sebuah rumah baharu di Kg. Kuang, Alor Pasir, dekat sini dan tiga buah rumah lagi telah dibaik pulih iaitu di Kg. Gual Tualang, Lubok Setol, Rantau Panjang, Kg. Tempoyak dan Kg Loak di Jelawat, Bachok.

DATUK MAJID MOHAMAD (dua kanan) bersama Zawahir Abdullah menyampaikan bantuan keperluan harian kepad

DATUK MAJID MOHAMAD (dua kanan) bersama Zawahir Abdullah menyampaikan bantuan keperluan harian kepada pasangan OKU, Mohamad Rozaman Yaacob dan isteri di Tanah Merah, Kelantan, hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh dua bulan dan melibatkan aktiviti pembinaan rumah baharu serta membaik pulih rumah sedia ada yang telah rosak teruk dan terlalu uzur untuk didiami.

“ Selain itu, mereka turut diberikan bantuan barangan keperluan asas harian,” katanya.

Beliau ditemui ketika Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Baik Pulih Rumah Warga Miskin dan OKU serta Projek Bekalan Air Bersih Untuk Komuniti yang disempurnakan Pengerusi Etiqa General Takaful Berhad dan Etiqa Family Takaful Berhad, Datuk Majid Mohamad.

Zawahir berkata kunjungan amal Etiqa dan IAM ke Kelantan kali ini turut memberi manfaat kepada komuniti setempat, di mana sebanyak 16 unit ’Outdoor Master Filter’ telah diagihkan kepada pusat-pusat tahfiz, madrasah, masjid dan rumah kebajikan terpilih dari sekitar daerah ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab. Halim ketika ditemui berkata, dana projek terbabit dibiayai menerusi peruntukan dana amal jariah yang diuruskan oleh Etiqa Takaful bagi pihak para peserta takaful dan program ini selaras dengan motto Etiqa dalam menginsankan perkhidmatan takaful.

SEBAHAGIAN penapis air yang diagihkan ke pusat tahfiz, surau dan madrasah di Tanah Merah, Kelantan,

SEBAHAGIAN penapis air yang diagihkan ke pusat tahfiz, surau dan madrasah di Tanah Merah, Kelantan, hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Sumbangan yang dihulurkan ini dapat membantu meningkatkan tahap kehidupan harian para penerima. Golongan kurang berkemampuan dan uzur khususnya di luar bandar, harus diberikan tumpuan dalam menjalankan tanggungjawab amal sosial korporat.

“Pihak Etiqa mengkaji dan meneliti individu atau institusi yang berkaitan dan memastikan agar hanya yang benar-benar layak akan menerima bantuan. Pada masa yang sama kita meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada IAM melalui semua program-program kerjasama yang dilaksanakan sejak sekian lama, “ katanya. - UTUSAN ONLINE