Itu antara aktiviti dilakukan kira-kira 150 warga emas terdiri daripada pesara penjawat awam yang tinggal di daerah ini setiap hari yang wajar dicontohi kita semua.

Aktiviti tersebut dilakukan kumpulan warga emas itu menerusi Kelab Warga Emas Gua Musang yang disertai bagi memenuhi masa lapang mereka selepas bersara.

Warga emas melaksanakan aktiviti sihat dengan mengikuti program bersenam di dalam kolam.

WARGA emas melaksanakan aktiviti sihat dengan mengikuti program bersenam di dalam kolam. - UTUSAN ONLINE/Aimuni Tuan Lah

Pengerusi Kelab Warga Emas Gua Musang, Che Rusli Che Sulaiman berkata, kelab itu ditubuhkan sejak lima tahun lalu dan mereka kini mengumpul seramai mungkin warga emas khususnya pesara untuk menyertainya.

Katanya, mereka terpanggil untuk mewujudkan kelab itu apabila menyedari manfaat diperoleh jika mengamalkan gaya hidup sihat seperti dapat menghindari penyakit kronik.

“Setakat ini masih ramai warga emas berusia 60 tahun ke atas belum mendaftar sebagai ahli walaupun banyak kebaikan untuk mereka seperti senaman selain ziarah-menziarahi rakan-rakan yang sakit.

“Kita harap dapat membimbing golongan warga emas ke arah amalan hidup sihat dan cergas dengan cara bersenam.

“Ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan yang menyasarka untuk mewujudkan warga emas yang produktif menjelang 2035,” katanya ketika ditemui Utusan Online, di sini hari ini.

Che Rusli berkata, setakat ini ahli kelab terbabit terdiri daripada semua kaum dan keturunan iaitu Melayu, Cina, India serta Orang Asli

“Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang tinggal di Gua Musang menyertai kelab ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE