Setiausaha MDPP, Rosdi Yaacob berkata, langkah membersihkan dua lokasi yang berdekatan itu bertujuan meningkatkan kebersihan dan keindahan sekitarnya yang kini menjadi lokasi tumpuan pengunjung untuk bersantai dan berkelah.

Beliau berkata, langkah tersebut adalah sebahagian kerja amal sosial yang telah dirancang selepas mendapati sikap pengunjung yang gemar membuang sampah di merata tempat.

“Kita berjaya membersihkan lokasi ini dalam tempoh lima jam bermula pada pukul 8 pagi.

“Ia melibatkan kerja mengutip sampah yang diterbangkan angin, sampah yang terperangkap di celahan benteng batu dan sisa buangan yang dibuang oleh pengunjung yang kurang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas gotong-royong di pantai Tok Bali, dekat sini, hari ini.

Rosdi berkata, pengunjung seharusnya lebih bertanggungjawab dengan membuang sampah sarap ke dalam tong yang telah disediakan.

Menurutnya, program itu juga sebagai persediaan menerima perantau yang akan berkelah di pantai itu sekembalinya mereka ke kampung halaman sepanjang Aidilfitri ini. - UTUSAN ONLINE

Video oleh TOREK SULONG