Penolong Kanan Kokurikulum sekolah itu, Harun Awang Kechik berkata, kehadiran guru yang keseluruhannya memakai baju tradisonal Melayu lama disambut oleh murid di pintu pagar sekolah itu sejak pagi ini.

“Acara yang paling menyeronokkan warga sekolah ialah pertandingan memasak resipi tradisional seperti asam gumpal, puteri mandi, pengat pisang dan lain-lain yang menggunakan santan kelapa.

“Untuk mendapatkan santan kumpulan guru wajib mengopek kelapa menggunakan kapak dan mengukur kelapa sebelum merahkan santan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, aktiviti yang dilangsungkan bukan sahaja membangkitkan keseronokan tetapi menuntut kerjasama dan merapatkan hubungan silaturahim.

Pada tahun lepas, katanya, sambutan hari guru diisi dengan tema pelajar sekolah di mana warga guru dan kakitangan memakai uniform sekolah dan sebahagiannya dibawa dengan bas sekolah mengelilingi pekan Semerak.

Tambahnya, sebelum sambutan ini dilangsungkan ianya diputuskan dalam satu mesyuarat khas bagi mencapai objektif sebenar sambutan Hari Guru yang dilangsungkan pada hari ini. - UTUSAN ONLINE