Video oleh ZAAIN ZIN

Selain comel, tiga beradik itu menjadi sebutan kerana sering mengelirukan rakan-rakan serta para guru gara-gara wajah mereka yang seiras dan sukar dibezakan.

Kehadiran tiga murid yang pemalu itu juga mencuri tumpuan sesiapa sahaja, termasuk Pengarah Pendidikan negeri, Muhammad Zahari Othman ketika meluangkan masa melawat sekolah itu sempena hari pertama sesi persekolahan 2019, hari ini.

Nur Naurah yang menjadi ‘jurucakap’ kepada kembar-kembar­nya memberitahu, Nur Nazneen merupakan kakak kepada mereka kerana lahir paling awal, diikuti Nur Aisyah manakala dia pula si adik yang paling muda.

“Aisyah kelas 1 Eugenia. Saya dan Nazneen kelas 1 Dahlia. Tak apalah kalau Aisyah duduk kelas lain. Dia pun tak kisah kami duduk kelas lain,” katanya ketika ditemui pemberita.

Difahamkan, kedua-dua ibu bapa mereka yang merupakan guru agama dan doktor gigi tidak dapat menemani kembar tiga tersebut kerana perlu bergegas ke tempat kerja masing-ma­sing selepas menghantar mereka ke sekolah pada sebelah pagi.

Selain kembar tiga itu, turut menarik perhatian ramai di SK Zainab 1 ialah pasangan kembar seiras, Wan Nor Aini Balqis Wan Mohd. Izuan dan adiknya, Wan Nor Airy Balqis serta pasangan kembar tidak seiras, Sarah Abdullah dan adiknya, Aisyah.

Sementara itu, Muhammad Zahari memberitahu, seramai 15,358 murid tahun 1 memulakan hari pertama sesi persekolahan 2019 di seluruh negeri ini dengan Kota Bharu merekodkan jumlah murid tertinggi iaitu 6,078 orang.

“Bilangan murid di negeri ini yang mengikuti sesi prasekolah pula adalah seramai 16,685 orang manakala pelajar sekolah menengah pula seramai 97,340 orang,” katanya.

Beliau dalam pada itu menambah, bagi memastikan Ja­batan Pendidikan negeri dapat memberi perkhidmatan terbaik, talian hotline 09-741 8082 telah dibuka membolehkan orang ra­mai membuat aduan serta me­ngemukakan masalah.