Ketuanya, Muhammad Azam Ismail berkata, himpunan aman yang turut disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bagi menzahirkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka.

"Kami Pemuda UMNO Kelantan sebulat suara membantah kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis.

"Saya juga menyeru umat Islam supaya bersatu padu dan mengetepikan sentimen politik dengan memberikan sokongan kepada rakyat Palestin," katanya di sini hari ini.

Lebih 100, ahli Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan dan NGO berhimpun membantah kekejaman Zionios itu. - UTUSAN ONLINE