Vidoe oleh AZRAN FITRI RAHIM

Beliau berkata, perkara ini jelas apabila parti itu menjadi pembangkang yang konstruktif kepada kerajaan.

Justeru, Presiden UMNO itu mengucapkan terima kasih kepada Pas yang menunjukkan perubahan berbandinv dahulu demi rakyat dan negara.

“Kita bersaing dengan Pas tetapi pimpinan Pas hari ini tidak macam dahulu. Pimpinan Pas hari ini lebih matang berpolitik, tolak kerjasama atau tahaluf siyasi dengan DAP.

“Mereka percaya kepada ta’awun iaitu kerjasama untuk kebaikan. Dan kita bekerjasama dalam banyak perkara, seperti dalam isu Rohingya dan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau (RUU 355).

“Dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mereka (Pas) mengamalkan tabayun, mereka siasat dahulu, panggil Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dengar penjelasan dan Presiden Pas kata mereka percaya plan pemulihan 1MDB akan berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat & Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di sini pagi ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Bandar dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar Wilayah; Timbalan Menteri Kemajuan Luar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. - UTUSAN ONLINE