Kanak-kanak tersebut diberikan kupon dengan nilai sebanyak itu untuk membeli makanan bertaraf hotel lima bintang yang disediakan oleh 30 kakitangan Hotel Perdana.

Lebih istimewa sebanyak 15 pilihan makanan dan minuman yang mengetengahkan konsep ‘Street Food’ disediakan kepada mereka .

Di antara makanan tersebut ialah kue teow kerang; char kue teow; sup ayam; sup tulang; sup kambing; sup terpedo; teppanyaki; burger; roti john; jus buah dan Air Batu Campur (ABC).

Menurut seorang murid, Mohd. Khairi Mustakim Tarmimi, 9, dia begitu seronok apabila berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan pada waktu rehat hari ini.

“Tidak pernah saya berbelanja sebanyak ini ketika waktu rehat.

“Malah semua makanan yang disediakan ini boleh di bawa pulang kerana kuantitinya sangat banyak dan sedap,” katanya ketika ditemui pada Program Hari Keluarga SK Buloh Poh bersama Hotel Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Perdana, Amer Ahmad berkata, program itu adalah salah satu daripada tanggungjawab korporat sosial (CSR) yang berkonsepkan ‘Perdana Prihatin’.

“Sumbangan makanan ini adalah daripada program ‘Perdana Food Street Return’ pada Mac lalu yang mengetengahkan konsep makan sambil menderma kepada insan yang kurang berkemampuan.

“Jadi SK Buluh Poh telah terpilih memandangkan sekolah ini terletak di kawasan luar bandar serta boleh dikategorikan sebagai sekolah yang kurang berkemampuan,” katanya. - UTUSAN ONLINE