Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Zahari Othman berkata, kebersihan dan keceriaan persekitaran adalah sebahagian aspek pendidikan yang perlu diberi keutamaan sama ada dalam persekitaran sekolah atau komuniti.

Menurutnya, kerjasama ibu bapa, kesungguhan guru serta penampilan agensi kerajaan dan syarikat swasta menjayakan aktiviti amal pendidikan membuktikan kejayaan hubungan warga guru yang sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan masyarakat dan komuniti luar sekolah.

“Ini adalah sebahagian aktiviti sepanjang Program Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke destinasi ketiga di Kelantan yang kita langsungkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh,” katanya ketika berucap melancarkan program gotong-royong di SK Tok Bali, dekat sini, hari ini.

Zahari berkata, pelbagai aktiviti yang berteraskan informasi dan keilmuan diadakan mulai esok akan menjadikan Jelajah Pendidikan KPM sebagai medan ilmu yang boleh dipelajari untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing.

Program Jelajah Pendidikan KPM selama dua hari itu akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. - UTUSAN ONLINE

Video oleh TOREK SULONG