Vida berkata, tidak mendedahkan perkara peribadi adalah jalan terbaik buat dirinya untuk berdepan dengan ujian getir tersebut ketika ini.

“Tidak ada gunakan jika saya mendedahkan perkara tersebut kepada umum. Cukuplah setakat saya sahaja yang tahu dan bukan untuk dikongsikan.

“Allah SWT telah permudahkan segala urusan saya berkaitan dengan perkara ini. Saya tidak mahu mengeruhkan suasana,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Vida mengakui beliau dalam proses untuk bercerai dengan Fairuz.

Sebelum ini, tersebar khabar angin mengatakan mahligai cinta pengasas produk Vida Beauty itu mula bergoncang sejak dua minggu lalu.

Vida, 45, bernikah dengan Fairuz, 39, pada Januari 2014. - UTUSAN ONLINE