Naib Canselor UMK, Datuk Dr. Husaini Omar berkata, projek baik pulih itu kali kedua dilaksanakan di bawah Program Sentuhan Kasih anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UMK dan turut mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.


Beliau berkata, program kali pertama dijalankan di Kampung Baung Pengkalan Chepa pada Disember tahun lalu yang turut membabitkan 20 buah rumah penduduk asnaf.


“Lebih 100 pelajar UMK menjadi sukarelawan dalam program ini dan mereka membantu tukang rumah menyiapkan kerja-kerja baik pulih yang bermula semalam.


“Kita jangka semua kerja akan selesai dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi dan berharap penduduk yang tinggal dalam keadaan tidak selesa sebelum ini dapat menikmati hidup lebih baik,”katanya ketika ditemui selepas perasmian program di sini hari ini.


Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Husain; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Datuk Dr Ibrahim Omar dan Pengarah UCTC UMK, Prof. Madya Dr. Mohad Anizu Mohd Nor. - UTUSAN ONLINE