Ketua Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Suhaimi Mahmood berkata, tindakan itu mampu mengelakkan kejadian yang tidak diingini ketika mereka berpindah nanti.

“Ingatan dari JBPM Kelantan, sebelum meninggalkan rumah ringankan langkah untuk memeriksa keseluruhan rumah bagi memastikan bekalan elektrik ditutup.

“Sikap waspada ini mampu menyelamatkan kita daripada sebarang musibah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program turun padang dan meninjau keadaan banjir di Kampung Kubang Pak Itam di sini, hari ini.

Yang turut sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohamad Nazri Ab Wahab.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kawasan tersebut masih lagi ditenggelami banjir walapun paras air sedikit menurun.

Bot enjin galah masih menjadi kenderaan utama penduduk untuk keluar masuk ke kampung berkenaan menggantikan motosikal dan kereta. - UTUSAN ONLINE