Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad berkata, usaha mewujudkan pasukan itu perlu diberi tumpuan ekoran kejadian kebakaran yang berlaku di beberapa sekolah pondok dan mahaad tahfiz sejak kebelakangan ini.


“Kita lihat sudah tiba masanya pasukan ini diwujudkan sebagai persediaan berdepan kecemasan terutama ketika berlakunya kebakaran.


“Selain itu, kewujudan pasukan ini juga dilihat tepat untuk memberikan pendedahan awal tentang aspek pencegahan kebakaran serta langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya kejadian itu berlaku,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Kaseh OKB bagi meraikan sukarelawan yang membantu memulihkan semula asrama Mahaad Tahfiz Al-Ismailiah (Matais), di sini yang musnah terbakar hujung bulan lalu, di sini malam tadi. -UTUSAN ONLINE.