Aqfierudzar Rizq atau Pyu yang kali pertama membuat persembahan di pentas antarabangsa nyata tidak kekok menggerakan patung wayang kulit dibalik kelir.

Sebaliknya, Pyu kekal tenang melontarkan bait-bait cerita dan wayang kulit mengikut alunan muzik yang dimainkan oleh Kumpulan Wayang Kulit Arjunasukma diketuai bapanya sendiri, Mohd. Sulhie Yusoff.

Situasi itu menimbulkan rasa kagum dalam kalangan penonton melihat persembahan memukau daripada Pyu.

Sementara itu, Mohd. Sulhie mengakui lega dengan keupayaan anaknya yang tidak gugup sepanjang persembahan itu.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil kerja keras sepanjang seminggu sebelum berangkat ke Singapura.

"Perasaan saya bercampur baur melihat dia tenang dan mengawal pentas dengan baik.

"Persembahan itu pentas yang cukup besar kerana Pyu membawa nama Malaysia. Alhamdulillah dia berjaya melaksanakannya dengan begitu baik sekali," katanya. - UTUSAN ONLINE