Nik Omar yang juga Pengerusi sekolah itu berkata, perbincangan juga tidak pernah dilakukan dengan dirinya selaku pemegang amanah sekolah tersebut.

Tegasnya, beliau juga tidak pernah terfikir untuk menyerahkan pengurusan sekolah itu kepada YIK kerana perkara itu merupakan mandat daripada arwah ayahnya.

“Alhamdulillah, benda itu kekal sebab merupakan wasiat daripada ayah saya sendiri sejak 2008 lagi. Jadi, saya kena pertahankan sekolah ini.

“Saya tidak tahu menahu tentang YIK hendak ambil alih sebab tiada perbincangan dilakukan bersama saya. Malah, saya juga sudah menghantar surat kepada YIK bahawasanya kita tiada niat untuk menyerahkan sekolah itu kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan tazkirah sempena Pelancaran Tabung Masjid Kastam di Taman Desa Kujid di sini hari ini.

Yang Turut hadir ialah bekas Pengarah Kastam Negeri, Datuk Mohd. Nasir Yusoff.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bulan lalu berkata, YIK akan mengambil alih pengurusan sekolah itu bermula tahun depan susulan permohonan yang dilakukan keluarga Nikmatillah (Nik Abdul Aziz) akibat beberapa masalah yang dihadapi. – UTUSAN ONLINE