Bagi Mohd. Zaid Zakaria, 56, juga tidak mahu menjadikan usia emas sebagai alasan untuk duduk diam tanpa melakukan sebarang aktiviti yang bermanfaat terutama memastikan tubuh badan kekal sihat.

Dia yang tinggal di Kampung Sungai Sam di sini berkata, kos dan kaedah penjagaan rusa jauh lebih jimat, malah tidak cerewet berbanding haiwan lain seperti lembu dan kambing.

Katanya, sebagai permulaan, dia mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM13,500 untuk membeli lima induk rusa berkualiti jenis timor rensis daripada seorang penternak di Sungai Jin, Kuantan, Pahang.

“Rusa itu cepat membiak dan saya sudah menjual enam ekor rusa yang diternak. Kini saya mempunyai lapan ekor lagi dan lima daripadanya sudah bunting.

“Saya mendapat pulangan lumayan apabila haiwan itu mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan dengan harga di antara RM2,000 sehingga RM6,000 se­ekor,” katanya di sini semalam.

Mohd. Zaid berkata, selain menjual rusa hidup, dia juga dapat menjual daging haiwan berke­naan dengan harga RM45 sekilogram.

Katanya, dia turut memagar seluruh kawasan tersebut dan membina kandang yang selesa untuk haiwan yang berumur setahun sehingga lima tahun itu.