Ahli Lembaga Pengarah Kada, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, benih padi MR297 Siraj yang diusahakan oleh pesawah bawah selian PPK Kubang Sepat di kawasan Tendong sudah mula dituai pada hari ini.

Menurutnya, benih padi yang dihasilkan itu mengikut prosedur operasi standart (SOP) sebagaimana telah ditetapkan oleh

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Kita akan perhebatkan lagi kerjasama dalam usaha menjadikan Tendong sebagai pusat pengeluaran benih padi terbaik di negara ini pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan kerja-kerja menuai benih padi itu di Kampung Kayu Tinggi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE