Pengarah acaranya, Alwani Samsuddin berkata, kejohanan edisi pertama anjurannya akan melibatkan kategori terbuka sejauh tujuh kilometer.

Katanya, aktiviti sukan itu semakin mendapat tempat di hati peserta dalam menjalankan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat terutama golongan belia.

"Setakat ini jumlah peserta sudah mencecah 1,000 orang dan saya yakin mencapai sasaran dengan tambahan 1,500 orang lagi dengan pelbagai promosi yang dianjurkan,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih membuka penyertaan kepada orang ramai dengan yuran penyertaan RM50 setiap peserta dimana mereka akan memperolehi kemeja-t, 3D medal dan sijil.

Katanya, pada program tersebut pihaknya turut mengadakan acara cabutan bertuah dengan menawarkan hadiah tiket penerbangan ke Bali (Indonesia) dan Krabi (Thailand).

Tarikh tutup penyertaan pada 1 Februari ini dan sebarang pertayaan boleh menghubungi talian 0199393007 atau melayari Facebook Sri Endang Flash Run 2018. - UTUSAN ONLINE