Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan negeri, Mohamad Abd Wahab berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 23,285 calon sekolah kerajaan diikuti calon sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) (5029 orang); calon persendirian (1621 orang); calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (901 orang);calon Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) (423 orang) dan calon sekolah swasta (117 orang).

 "Terdapat 273 pusat peperiksaan terlibat iaitu 191 sekolah kerajaan; enam MRSM; 12 SABK; 57 sekolah YIK; tiga sekolah swasta dan empat pusat bagi calon persendirian.

 "Pada tahun ini juga seramai 2380 petugas peperiksaan akan mengawas calon sepanjang peperiksaan dijalankan," katanya selepas memantau calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Enggang di sini hari ini.

 Beliau diiringi Pengetua SMK Padang Enggang, Mohd Zin Halim.

 Dalam pada itu, Mohamad berkata, peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) turut berlangsung hari ini sehingga 28 November ini.

 Menurutnya, ia membabitkan 14,193 calon yang menduduki kertas STPM Penggal 3; kertas STPM ulangan Penggal 1 dan Penggal 2 serta kertas STPM Penggal 1 2018. - UTUSAN ONLINE