Lebih manis, kejayaan yang dilakar oleh Qistina Maryam Mohd. Asri, 12, itu menamatkan pe­nantian lebih sedekad sekolah itu untuk melahirkan jaguh dalam sukan taekwondo.

Qistina Maryam berkata, dia sama sekali tidak menjangkakan dapat meraih pingat emas dalam kejohanan tersebut.

Menurutnya, kebanyakan peserta yang bertanding bukanlah calang-calang kerana mereka adalah yang terbaik dipilih mewakili negara masing-masing.

“Namun saya berterima kasih kepada jurulatih yang memberikan tunjuk ajar. Tanpa tunjuk ajar ini mungkin saya tidak akan menang,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Murid Tahun Enam itu mem­beri­tahu, selain tunjuk ajar jurulatih dan pihak sekolah, sokongan kedua ibu bapa turut menjadi pemangkin kepada kejayaan tersebut.

Katanya, tanpa sokongan dari pada ayahnya, Mohd. Asri Yaakob, 49, dan ibu, Rohani Abdullah, 48, mungkin dia tidak akan mendakap kejayaan itu.

“Saya berterima kasih kepada ayah dan ibu yang tidak putus-putus memberikan sokongan untuk terus bergiat aktif dalam sukan taekwondo.

“Kejayaan ini menjadi pendorong kepada saya untuk me­nem­pa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan tetapi perjalanan saya masih jauh dan perlu bekerja lebih keras,” katanya.

Tambahnya, dia menjadikan pingat emas itu sebagai batu loncatan untuk mengharumkan nama negara pada masa hadapan.