Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, paling terbaru beliau  mengutarakan mengenai pembayaran royalti yang belum diterima kepada Perdana Menteri adalah semasa menghadiri mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada minggu lalu.

 Beliau berkata, ketika itu Mahathir hanya diam sahaja dan tidak memberikan maklum balas yang jelas.

 "Insya Allah lah," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

 Ahmad berkata, beliau belum dimaklumkan lagi agenda pertemuan dengan Perdana Menteri namun memberitahu sangat mengalu-alukan kunjungan rasmi pertama pemimpin utama negara itu ke negeri ini selepas Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke 14 ( PRU 14).

 "Kita cuma diberitahu Perdana Menteri akan datang, kita sebagai ketua negeri mengalu-alukan, dan kita menghormati Perdana Menteri sebab masuk  ke negeri kita," katanya. UTUSAN ONLINE