Rosmadi berkata, bagaimanapun dia tidak menolak kemungkinan untuk bertanding kerusi timbalan presiden atau kekal dengan jawatan sebelum ini.

“Saya akan putuskan perkara ini dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu Bibi Ramjani Ilias Khan dan Naib Presiden Kafa Datuk Muhammad Nasir Hamzah menawarkan diri untuk mengepalai badan induk itu untuk penggal 2017-20121.

Selain itu, dua lagi tokoh usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman dan Presiden Kumpulan Secretleaft Internasional Sdn. Bhd Amir Ramadzan turut menyatakan kesediaan untuk menerajui Kafa.- UTUSAN ONLINE