Pengarah KEMAS negeri, Anuar Mat Zain berkata, peruntukan tersebut disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini.

”Peruntukan ini adalah sebagai persiapan awal seandainya berlaku banjir besar namun jika keadaan terkawal (tidak serius) kita akan gunakan peruntukan ini untuk menaik taraf infrastruktur yang ada di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Kanak Kanak Tabika KEMAS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, di sini hari ini.

Seramai 223 murid berumur 6 tahun daripada 52 kelas Tabika di seluruh Parlimen Machang terlibat dalam majlis tersebut. - UTUSAN ONLINE