Pengerusi KADA, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM3.927 juta diagihkan kepada 1,534 petani terjejas dengan banjir menerusi Tabung Bencana Tanaman.

Beliau berkata, setiap petani itu diberikan pampasan untuk keluasan tanah setakat 2.5 hektar sahaja.

“Untuk elaun bantuan pesawah, setiap daripada mereka akan menerima sumbangan berjumlah RM200 untuk tempoh tiga bulan membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM3.2juta.

“Peruntukkan besar ini jelas menunjukkan kecaknaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membela nasib golongan petani di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman merasmikan majlis Pembahagian Hasil dan Zakat Ladang Merdeka serta Penye­rahan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi Musim I 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Maj­lis Pembangunan Pertanian (MPP) Parlimen Pasir Mas, Senator Datuk Hanafi Mamat.

Md. Alwi memberitahu, beliau berharap para petani dapat melihat keikhlasan Kerajaan BN dalam membela nasib mereka.

Katanya, petani cukup beruntung apabila mempunyai kerajaan yang tidak pernah menipu dan mengotakan setiap janji dilafazkan.

Dalam perkembangan lain, Md. Alwi berkata, sehingga kini terdapat 17 buah ladang merdeka melibatkan kawasan seluas 782.43 hektar dengan 3,153 peserta di negeri ini.