Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RM30j bangunkan kawasan seliaan KADA

HANAFI MAMAT menyampaikan insentif projek NKEA kepada penerima
HANAFI MAMAT menyampaikan insentif projek NKEA kepada penerima kawasan Nilam Baru, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 9 Feb. - Lembaga Kemajuan Pertani­an Kemubu (KADA) memperuntukkan kira-kira RM30 juta untuk pembangunan di kawasan seliaannya pada tahun ini.

Ahli Lembaga Pengarah KADA, Datuk Hanafi Mamat berkata, peruntukkan itu melibatkan pembangunan infrastruktur tanaman padi, pengairan serta saliran dan sebagainya.

“Peruntukkan pembangunan ini turut melibatkan pelbagai aktiviti serta projek-projek untuk pembangunan petani.

“Setiap tahun, KADA akan me­nyediakan peruntukan pem­ba­­ngunan sebagai usaha untuk mem­bantu meningkatkan pe­nge­lu­aran hasil padi sekali gus menambah pendapatan petani,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Pe­nyam­paian Insentif Projek NKEA KADA Nilam Puri Musim 1/2016 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hanafi berkata, pihaknya berharap projek membaik pulih pam air di kawasan KADA dapat diluluskan tahun ini.

“Di kawasan KADA, kita mempunyai tiga pam air iaitu di Kemubu, Lemal dan Kasar. Ketiga-tiga pam ini perlu dibaik pulih.

“Kita akan dapat menyelesaikan masalah perairan di seluruh kawasan KADA sekaligus dapat mengelak masalah kerosakan tanaman padi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KADA mengalami kerugian sebanyak RM5.5 juta akibat kerosakan infrastruktur ketika banjir baru-baru ini.

“Berkenaan dengan petani yang terjejas dengan banjir, kita sedang mengumpul maklumat,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain