Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, projek yang sudah dilaksanakan itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.


Menurutnya, peruntukkan besar itu jelas menunjukkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan kemudahan kepada rakyat.


“Besar harapan kerajaan untuk melihat rakyat di kawasan luar bandar menikmati bekalan air bersih.


“Saya harap rakyat dapat menikmati sebaik mungkin kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kereta sorong kepada petani di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE