Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, bantuan berkenaan membabitkan sejumlah 800 penerima daripada 11 buah sekolah.

“Bantuan ini adalah untuk membantu golongan sasar membuat persiapan awal keperluan persekolahan terutama pakaian seragam dan kasut sekolah,” katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan pakaian seragam sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar di sini hari ini.

Sementara itu, seorang ibu tunggal, Khairiah Kadir,43, berkata, sumbangan tersebut sedikit sebanyak telah meringankan bebannya dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

“Hari ini, tiga orang anak saya telah menerima sumbangan pakaian seragam sekolah dan alat tulis. Ia sangat membantu memandangkan saya mempunyai tujuh orang anak dan semuanya bersekolah.

“Biasanya, saya perlu membelanjakan RM300 seorang untuk persiapan awal persekolahan, namun dengan adanya sumbangan ini, ia mengurangkn perbelanjaan saya,” katanya. - UTUSAN ONLINE